~vespa~

~vespa~
poyo

Tuesday, November 23, 2010








“Kenapa diam dan muram saja ni?” tanya seorang teman.
“Hati saya tidak berapa tenteram, izinkan saya mencari ketenangan,” itulah jawaban yang diberikan. Sememangnya diakui hati tidak berapa tenang, banyak perkara bermain di benak fikiran bergelumang di hati.
Banyak perkara yang difikirkan. Kerisauan, keresahan, dan sebagainya. Sudah pasti, inilah lumrah ketetapan dari Illahi ya Rabbi. Dalam perjalanan menuju kebahagiaan akhirat, sudah pasti banyaknya cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi. Itulah yang Allah S.W.T perkatakan dalam kitab-Nya, “Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” Al-Baqarah:155.
……………………………………………
Ya Allah Tuhanku,

yang merubahkanku,
tetapkanlah..
hati ku…
moga sentiasa..
dalam agama Mu,
jua..
taat akan perintahmu…
……………………………………………
Tuhan..
usah bebankan kami,
dengan bebanan yang berat…
seperti yang pernah Kau berikan,
kepada umat terdahulu dari kami…
Tuhan..
jangan pikulkan kami,
yang tidak kami terdaya..
maafkan salah kesilapan,
ampunkanlah dosa-dosa..
Rahmatilah kami…
……………………………………………

Bukalah pintu jihad bermula dari dalam diri,” itulah kata-kata abi suatu ketika dahulu. Ketika penulis dalam perjalanan pulang dari destinasi yang sama dengan tujuan yang sama.
Cari dan binalah kekuatan diri di penghujung malam sesudah kamu mampu memperbaiki Subuhmu.
Dan berjuanglah untuk ikhlas. Kerana sesungguhnya orang yang belum pernah berjuang untuk ikhlas, maka dia belum pernah ikhlas.
Ingatlah untuk sentiasa memberi sumbangan dan pengorbanan, kerana orang yang memberi sumbangan belum tentu mampu berkorban, tetapi orang yang membuat pengorbanan sudah pasti telah memberi sumbangan.
“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” Ali-Imran:92.
“…” banyak sungguh kata-kata nasihat yang penulis terima. Apabila satu proses mudah yang di ajar Islam cuba penulis praktikkan yakni proses muhasabah diri, sungguh tepat sekali apa yang abi nasihatkan.
Diri ini masih banyak lagi yang perlu dikenali dan diperbaiki satu persatu. Boleh di tanya, di mana taqarrubnya dan di mana munajatnya. Terasa juga diri ini semakin ‘lemah’. Baru sahaja diuji dengan kerisauan dan keresahan, hati sudah tidak keruan dan tenteram. Terganggu segala ibadah. Sehingga penulis diingatkan kembali tentang kalam-kalam Allah yang berbunyi:
“Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah kamu di antara orang-orang yang bersujud (solat), dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal).” Al-Hijr:98-99.
……………………………………………
Bukannya mudah menyusur denai,
onak duri bertaburan melata di jalanan,
pasti terhiris juga kaki nan melangkah,
dalam menyusur langkah perjuangan.

No comments:

Post a Comment