~vespa~

~vespa~
poyo

Wednesday, December 1, 2010

Dialog 2 hantu,....

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,
“Apsal kau ni asyik menggigil je?”
“Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais…sejuk!!” Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
“Ooo..kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu A ramah.
“Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.” Balas Hantu B.
“Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu A sayu.
“Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih..”
“Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.”
“So, ko dapatla tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat.
“Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak…” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,
“Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Tanda si dia mencintai kita....

1)   Dia terlalu kuat mencintai kita
2)  Selalu ingin berhubung dengan kita
3)  Dia mengambil berat perihal kita
4)  Dia sanggup berkorban dan meluangkan masa untuk kita walaupun dalam keadaan terlalu sibuk sangat
5)  Dia cemburu bila kita bersama insan lain
6)  Jiwanya meronta-ronta bila tidak dapat bertemu kita
7)  Hatinya gembira bila dapat berhubung atau bertemu dengan kita
8 )  Dia tidak menyakiti hati kita sebaliknya menyayangi kita dan menjaga hati kita sebaik mungkin.
9)  Memberi hadiah dengan penuh ikhlas dan kasih sayang
10) Mudah tersinggung dan merajuk bila kita tidak menurutkan kemahuannya
11)  Susah untuknya berenggang dengan kita kerana cepat rindu. Jika terpaksa berjauhan, kerap dia menghubungi kita sampai sehari beberapa kali bertanya khabar dan ingin mendengar suara
12) Tidak kisah perbezaan umur.
13) Sukar untuknya memarahi kita kecuali jika kita curang, berbohong dan keterlaluan
14) Dia tidak peduli apa orang kata mengenai dirinya menyintai kita yang penting asalkan jiwanya bahagia dengan kita.


Banyak persamaan lebih serasiMEMILIH pasangan hidup adalah antara keputusan yang penting dalam menentukan hala tuju masa depan. Selepas hidup berdua, barulah kita tahu sama ada pasangan kita mampu membuat hidup bahagia atau sebaliknya.
Setiap pasangan mengidamkan kebahagiaan. Anggapan perkahwinan bagaikan satu perjudian ada kalanya meletakkan individu dalam persimpangan, sama ada meneruskan kehidupan berdua atau memberi titik noktah.
Namun, manusia tidak pernah serik untuk mencari keserasian. Bijak pandai ada berkata, perkahwinan adalah proses menyatukan dua hati berbeza dalam mencari keserasian untuk kehidupan indah berdua.
Jika gagal dalam melayari bahtera berdua, ia bukan bermakna gagal selamanya. Jodoh dan ketentuan memang di tangan Tuhan, namun menjadi tanggungjawab manusia untuk berusaha mencari yang terbaik.
Tidak kenal putus asa dalam mencari pasangan yang menepati ciri peribadi mulia menjadi impian setiap kita. Untuk itu, hapuskan perkataan putus asa dalam kamus diri supaya pencarian yang terbaik akan menemui hasilnya.
Petua mencari pasangan serasi:
- Orang mudah tertawan pada bakal pasangan yang mempunyai persamaan seperti politik, keagamaan serta sikap terhadap harta, wang dan hobi.
- Mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kucing, melancong atau ramai anak.
- Tindakan serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, angkat gelas atau berdiri.
- Tawan hati bakal pasangan dengan mempamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa, seperti sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci atau simpati.
- Dua insan mudah serasi jika mempunyai penafsiran yang sama mengenai hubungan seperti tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian atau pengorbanan.
- Kenal pasti ciri yang disukai bakal pasangan. Bentuk ciri yang disukai ini dalam diri dan pamerkan padanya.
- Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan akan tertarik jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamor.
- Pasangan akan tertawan jika anda dapat bantu mengukuhkan imej diri, rangsang semangat dan pupuk keyakinan dirinya.
- Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri.
- Pujian berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
- Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai.
- Kenal pasti keistimewaan bakal pasangan yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
- Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji, cari pujian yang asli untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialu-alukan dan dihargai.
- Beri penghargaan serta-merta kepada setiap pencapaian bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
- Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih serta bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
- Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan. Nyatakan anda suka kepadanya kerana keunikan itu dan ini akan membuatkan dia rasa istimewa.
- Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu tampan. Justeru, cari bakal pasangan yang sepadan dengan diri.
- Orang yang berasa dirinya bodoh sukar mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan tinggi menyerlahkan kecantikan.
- Wanita mudah tertawan pada lelaki yang budiman seperti bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
- Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar selain perbaiki perangai, peribadi dan kemahiran komunikasi. Di samping itu, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
- Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi dan bertimbang rasa.
- Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan di samping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing dan aktiviti kelelakian yang lain. Bertindak bijak tetapi ‘jangan terlalu bijak’.
- Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya mengenai perasaannya, aktiviti, kegemaran, kebencian atau sebarang perkara berkaitan emosi.
- Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri daripada bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
- Orang lelaki amat pantang apabila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
- Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
- Apabila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki.
- Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya punca dia marah, dengar dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif pada perasaannya.
- Jika lelaki marah, jangan sibuk hendak tanya punca kemarahannya. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
- Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus-terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak tersirat. :-* :-*

Tanda Dia suka kau...

Dalam kehidupan kalian yang gembira dikelilingi rakan-rakan kalian itu, adakah kalian sedar yang salah seorang dari rakan kalian itu rupanya berminat dengan kalian! Rupanya si dia tu dah lama menyimpan perasaan.. Cuma malu nak lepaskan..
haha… macam best je guna kata ganti diri kalian nie.. nak teruskanlah… :p
“Eh? Ye ke? Kita rasa biasa jer… ” salah! Memanglah kalian tak sedar.. Sebab kalian tak mengambil peduli keadaan sekeliling dengan tekun.. Bak kata Zizan Raja Lawak “kita kena alert!”
“Oklah.. Macam mane pulak kita nak tau yang member kita tu sukakan kita?” bagus… Soalan yang baik… Sila pusing roda tetikus anda..
1. Dia ambil berat dengan kalian. “dah makan ke belum?” “dah solat?” ayat biasa ambil berat..
2. Dia SMS @ call @ email kalian setiap malam.. Sampai nak sembang ape pun tak tau.. Itupun kalau kalian layan..
3. Dia berusaha mendekati kalian.. Dimana ada kalian disitulah dia ingin ada..
4. Mengikuti perkembangan dunia kalian.Tidak kiralah sumber itu dari kalian sendiri ataupun dari ketua kampung kalian sendiri..
5. Dia senantiasa ingin melihat kalian gembira.. Jika kalian bersedih, boring atau takde mood, si dialah yang akan menjadi penghilang duka kalian..
6. Dia akan merasa tidak gembira jika kalian bersembang dengan lelaki/perempuan lain. Jangan terkejut malam itu dia tak SMS kalian.
7. Lihat perbezaan layanan dia antara kalian dan rakan lain.. Bukankah dia layan kalian dengan lebih mesra? Lebih istimewa..
8. Kalau ada apa-apa aktiviti, orang yang dia akan ajak adalah kalian dan ingin menjadikan kalian sebagai senarai wajib ada..
9. Cemburunya mengalahkan orang lain.. Tapi sebolehnya dia tidak akan menunjukkan tanda protes itu dengan terlalu nyata..
Ada pengalaman yang anda lalui tidak tersenarai? Mari kongsikan bersama..
Sesetengah golongan manusia akan berasa malu untuk memulakan perhubungan (bukan persetubuhan ok).. Jadi perasaan itu akan terus disimpan, disimpan dan disimpan..

Lelaki Apabila Jatuh Cinta

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Tak caye kew??? Hehehe… betul.

Antara tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA...

Tuesday, November 23, 2010

Tentang perbezaan seseorang wanita dan Lelaki yang berkerjaya dan cinta..

Wanita Berkerjaya dan lelaki tdk berkerjaya ... apa kah perbezaan antara dua insan ini.. Adakah mereka ini berbeza.. yang satu orang tu ada diploma, degree, master dan sebagainya tetapi lelaki itu tdk ada apa2 tetapi cinta dia terhadap wanita itu terlalu medalam dan wanita jua merasakan cinta dia terhadap lelaki itu terlalu medalam.. dlm masa yang sama jua wanita ini kaya dan lelaki itu tdk berapa kaya.. keluarga dan rakan2 wanita itu menghasut wanita itu untuk meninggal kan lelaki itu yang tdk seberapa.. kunun teda masa depan, tdk buli membahagiakan wanita itu.. sama jua dengan lelaki yang berkerjaya yang berkawan dengan wanita yang bergelar sebagai clerk....
soalan2 dia ada di sini dan harap2 yang ada berpengalaman bercinta dengan perempuan atau lelaki berkerjaya.

1) Adakah seseorang wanita atau lelaki yg berkerjaya berkawan dengan orang yg teda pangkat?
2) Adakah yang berkerjaya mesti berkawan dengan yang berkerjaya?
3) Adakah orang yang berkerjaya sdh kahwin dengan orang yang teda pangkat tdk akan bahagia?
4) Salahkah seseorang lelaki dan wanita berkorban utk kekasih mereka.. (p/s: tdk lah sampai lupa keluarga bah)
5) fikir sendiri.... dan tanya diri sendiri..
itu lah soalan setakat ini..
oklah kita fikir2 lha utk diri kita.. bukan semua duit dan kebanggaan buli dibawa sampai mati... dlm dunia ni kalau ada perempuan dan lelaki di depan mata kita yang terlalu baik biarpun tdk berkerjaya takkan kita mau kasi lepas dia.. mana tau satu hari dorang jadi tauke siapa tau kan.. bah sya stop sini dulu lah kio hehe







“Kenapa diam dan muram saja ni?” tanya seorang teman.
“Hati saya tidak berapa tenteram, izinkan saya mencari ketenangan,” itulah jawaban yang diberikan. Sememangnya diakui hati tidak berapa tenang, banyak perkara bermain di benak fikiran bergelumang di hati.
Banyak perkara yang difikirkan. Kerisauan, keresahan, dan sebagainya. Sudah pasti, inilah lumrah ketetapan dari Illahi ya Rabbi. Dalam perjalanan menuju kebahagiaan akhirat, sudah pasti banyaknya cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi. Itulah yang Allah S.W.T perkatakan dalam kitab-Nya, “Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” Al-Baqarah:155.
……………………………………………
Ya Allah Tuhanku,

yang merubahkanku,
tetapkanlah..
hati ku…
moga sentiasa..
dalam agama Mu,
jua..
taat akan perintahmu…
……………………………………………
Tuhan..
usah bebankan kami,
dengan bebanan yang berat…
seperti yang pernah Kau berikan,
kepada umat terdahulu dari kami…
Tuhan..
jangan pikulkan kami,
yang tidak kami terdaya..
maafkan salah kesilapan,
ampunkanlah dosa-dosa..
Rahmatilah kami…
……………………………………………

Bukalah pintu jihad bermula dari dalam diri,” itulah kata-kata abi suatu ketika dahulu. Ketika penulis dalam perjalanan pulang dari destinasi yang sama dengan tujuan yang sama.
Cari dan binalah kekuatan diri di penghujung malam sesudah kamu mampu memperbaiki Subuhmu.
Dan berjuanglah untuk ikhlas. Kerana sesungguhnya orang yang belum pernah berjuang untuk ikhlas, maka dia belum pernah ikhlas.
Ingatlah untuk sentiasa memberi sumbangan dan pengorbanan, kerana orang yang memberi sumbangan belum tentu mampu berkorban, tetapi orang yang membuat pengorbanan sudah pasti telah memberi sumbangan.
“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” Ali-Imran:92.
“…” banyak sungguh kata-kata nasihat yang penulis terima. Apabila satu proses mudah yang di ajar Islam cuba penulis praktikkan yakni proses muhasabah diri, sungguh tepat sekali apa yang abi nasihatkan.
Diri ini masih banyak lagi yang perlu dikenali dan diperbaiki satu persatu. Boleh di tanya, di mana taqarrubnya dan di mana munajatnya. Terasa juga diri ini semakin ‘lemah’. Baru sahaja diuji dengan kerisauan dan keresahan, hati sudah tidak keruan dan tenteram. Terganggu segala ibadah. Sehingga penulis diingatkan kembali tentang kalam-kalam Allah yang berbunyi:
“Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah kamu di antara orang-orang yang bersujud (solat), dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal).” Al-Hijr:98-99.
……………………………………………
Bukannya mudah menyusur denai,
onak duri bertaburan melata di jalanan,
pasti terhiris juga kaki nan melangkah,
dalam menyusur langkah perjuangan.

LUAHAN HATI SEORANG LELAKI.....

Di suatu petang yang sunyi…
Aii Man, kenapa senyap saja ni? Termenungkan apa?” tanya seorang abang.
Tak ada apa pun bang. Cuma memikirkan bagaimana untuk memahami perasaan seorang yang bergelar perempuan,” terang Man dengan nada perlahan.
Pepatah Inggeris ada berbunyi, ‘never try to understand woman because you will never understand’. Walaupun ada benarnya pepatah itu, tapi sikap kamu untuk memahami perasaan perempuan ini boleh dibanggakan,” kata abang itu kembali.
Hmm..” sahut Man acuh tak acuh.
……………………………………………
Di suatu ketika yang lain pula…
Kenapa ya perempuan ini sukar untuk ditelah kemahuan dan perasaan mereka?” soal seorang teman secara tiba-tiba setelah berdiam sekian lama.
Dan kenapa kamu tanya begitu?” soal pula seorang rakan yang lain.
Iyalah, emosi mereka cepat sangat berubah. Pagi dan tengahari tadi dia mengungkapkan kata sayang, bila masuk petang saja begitu mudah dia ungkapkan pula perkataan ‘I hate U’,” terang teman yang pertama tadi.
Biasalah perempuan. Mereka memang sukar untuk difahami. Mereka terlalu ‘complicated’. Kamu tidak pernah dengarkah bahawa perempuan ini boleh disamakan juga dengan masalah jika kita cuba buktikan dengan pengiraan matematik mudah?” bicara rakan yang kedua itu sambil mengiyakan kata-kata teman yang pertama.
woman and math
……………………………………………
Di suatu malam selepas selesai mesyuarat dijalankan…
Okey bang, saya minta diri dulu,” kata penulis.
Aii MoFas, awalnya nak balik. Marilah kita minum dulu sambil borak-borak,” ajak seorang abang yang sememangnya penulis rapat dengannya.
Seorang abang yang mesra. Antara abang yang selalu penulis borak dan bergurau senda di dalam organisasi kemasyarakatan ini. Organisasi yang satu masa nanti akan mendaulatkan Islam di tempat yang hak dan akan mentadbir negara dengan selayaknya, InsyaAllah.
Tak apalah bang, dah lewat ni,” jawab penulis menolak pelawaan dengan lembut.
Alah kamu ni, balik awal pun bukan ada bini yang tunggu kat rumah. Abang yang ada bini ni pun relax jer,” perli abang.
Bakal bini suruh balik awal bang. Dia dah warning awal-awal. Kalau lewat nanti kena tidur luar,” jawab penulis sambil senyum.
Aii kamu ni MoFas. Orang semua sibuk takut dengan virus H1N1, kamu pula takut dengan virus B1N1,” tambah abang.
Virus B1N1?” soal penulis kembali.
B1N1 tu BINI la,haha..,” jawab abang sambil ketawa besar.
Belum kahwin lagi dah takut dengan bini, kalau dah kahwin nanti tak tahulah macamana pula nanti,” tambah abang lagi.
……………………………………………
Aii Man, tak ada angin, tak ada ribut, kenapa tiba-tiba masuk office ni?” tanya seorang rakan sepejabat.
Soalan itu tidak dijawab oleh Man. Sengaja dia mendiamkan diri.
Man, selalunya setiap hari bekerja bukan main kamu nak balik awal. Tapi hari ni hari Sabtu, kenapa boleh masuk pejabat pula. Kamu ada masalah?” soal rakan itu kembali dengan sifat ingin membantu.
Orang rumah aku buat hal. Dia merajuk. Aku masuk office ni pun nak berehat sekejap,” jawab Man dengan nada perlahan.
Alah, biasalah tu perempuan. Dia akan merajuk untuk menunjukkan perasaan dia. Mungkin dia hendakkan perhatian dari kamu,” terang rakan tadi.
Balik nanti kamu berikan dia surat cinta ini,” tambah rakan tadi sebelum beredar.
`
Hawa,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Adam,
teman yang kepinginkan dirimu semasa kesunyian di syurga dahulu. Kau asalnya dari tulang rusukku yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupmu sentiasa inginkan bimbingan dariku. Namun begitu Hawa kekasihku, kejadianmu dari tulang rusukku yang paling keras. Lebih keras dari kerak nasi….
Hawa, kau sinar hidupku. Penuh cahaya kebahagiaan.. Namun hanya buat seketika, sebelum kau bosan dengan diriku. Hawa yang kusayangi, aku kau salahkan, atas kesalahan yang kau lakukan. Aku disalahkan, tidak menghulurkan tangan. Aku dipersalah, tidak mendidikmu.. Namun tidakkah kau terfikir wahai hawa, bagaimana buntu kami kerana ingin mendidikmu?
Dengarlah kata-kataku ini, dan sangkallah ia jika kata-kataku tidak benar. Marahku padamu kau anggap tidak menyayangi, lalu kau merajuk menjauhkan diri….
Tegurku padamu kau anggap menyibuk, mengongkong, menghalang kebebasanmu….
Lalu kau meninggikan suara terhadapku… Kasarku terhadapmu, kau anggap penganiaan kaum wanita, lalu kau masukkan ke dalam surat khabar…  Ku tegur dengan penuh lemah lembut, kau tak dengar, kau buat main-main… Aku merajuk, kau cakap, “mengada-ngada, buat tu salah, buat ni salah, abg kurung ajelah syg kat dalam botol, baru puas hati abg”
Wahai Hawa yang kuhargai….
Bagaimana lagi harus kami lakukan? Bila kami berbuat baik, langsung tidak terlihat
pada matamu, pabila kami berbuat jahat, cepat saja dikau copy and paste….
Jika ingin kami bimbing dirimu sepertimana Rasul Allah S.W.T membimbing para isterinya, mahukah kamu mengikuti kami? Mahukah kamu mengorbankan dirimu demi kami? Mahukah kamu mengorbankan kebebasan dirimu?
Hawa yang kuhormati…
Janganlah terusan membebani kami, dengan kedegilanmu… dengan keegoanmu, kesombonganmu, dengan keangkuhanmu apabila dirimu kau anggap berilmu.
Sesungguhnya Hawa,
Kami punya tubuh yang kuat, namun kami lemahkan sendi-sendi kami, kami sembunyikan kekuatan kami, Sesungguhnya Hawa, Kami punya suara yang kasar, amarah yang kuat, namun kami lembutkan suara kami, kami sabar dengan amarah kami. Tidakkah kau terfikir mengapa? Tidakkah kau hairan dengan layanan kami terhadap kamu? Tidakkah kau pelik, harimau yang mengganas dimedan perang, jinak bila berada dipangkuan kamu? Fikirkanlah mengapa…
Dapat jawapannya?
Dapatkah kau lihat bagaimana baiknya layanan kami terhadap kamu?
Sekarang sudahkah kamu lihat apa yang boleh kau pelajari dari kami?
Sudahkah kau lihat bagaimana kami cuba mendidikmu?
Namun sukar untuk kamu faham wahai Hawa yang kusayangi….
Kerana jarang sekali kau memerhati, Kebaikan diri kami, jarang sekali kau sedar, Betapa berhati-hatinya kami cuba mendidikmu, tanpa menyinggung dirimu, tanpa menyakitimu… tanpa melukakan hati Hawa yang kami cintai….
…..
Ya, macamana sekalipun rajuk dia, marah dia…aku tetap menyayangi dia dan dia tetap isteri aku,” monolog Man di dalam diri.
…..

Bagaimana Mengetahui Keikhlasan Cinta Seorang Lelaki

 
 
Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.Namun Kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu denga rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping dengan- sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan, tetapi atas dasar cinta yang sebenar.Betapa beruntungnya kamu...

Selain itu teman lelakimu sentiasa buat hatimu tenang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah perhubunagan kita inginkan kenangan manis untuk dikenang.

Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa ingikan suasana yang ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah manjadi tanggungjawab untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senag dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang tidak memahami setiap kali dia memberi nasihat. Ingat nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan ganguan orang lain. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu.Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangannya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkan dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apbila teman lelakimu berperagai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian darpadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih darpada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. jangan kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki mengubah sikap machonya kepada seorang yang berperwakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja. Jadi hargailah.

Kamu hadapi masalah dan orang yang pertama datang membantu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya.

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi mengelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama,"You sayang i" jangan anggap itu satu soalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Manusia tidak ada yang sepurna. Samalah juga dengan teman lelaki kamu, tak lari dari buat silap dan kadang-kadang buat kamu kecik hati, tapi kalau dia nak berubah adalah satu perkara yang baik dan kamu perlu sokong dia. berilah dia masa untuk merubah. Nak berubah ni bukan senang tapi kalau dia berubah demi untuk membahagiakan kamu, itu satu perkara yang baik. Janganlah kamu cari penganti dia semata-mata kamu kecil hati dengan kesalahan dia, dan kamu pasti ke penganti kamu tu dapat bahagiakan kamu.

Dan pengorbanan paling besar sekaligus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untukmu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya.

Jadi HARGAILAH lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar lelaki.

Setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. kalau kamu rasa pasangan kamu banyak kekurangan dan selalu sakitkan hati kamu lalu kamu cari penganti, alasan kamu lalu dah tak ada hati dan serasi, kamu pulak macam mana?adakah kamu tak pernah buat silap?kamu tidak pernah sakitkan hati pasangan kamu?.

Jangan biarkan EGO menguasai perasaan kalau tidak kamu pasti akan menyesal satu hari nanti. Mungkin pasangan kamu tak sempurna, tapi kalau kamu dapat rasa keikhlasan hati dia, itu lebih baik....dan...Ikhlas itu tak boleh dilihat, tapi boleh dirasa dengan hati..

KISAH CINTA...

Di suatu pulau kecil ada seorang gadis bernama CINTA dan teman-temannya namanya kecantikan, kesedihan, kegembiraan, kekayaan, mereka hidup berdampingan dengan baik namun suatu ketika datang
badai menghepas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik dan akan menggelamkan pulau itu
semua penghuni pulau cepat2 berusaha menyelamatkan diri,CINTA sangat kebingungan sebab ia tak dapat berenang dan tdk mempunyai prahu dia berdiri di tepi pantai mencoba mencari pertolongan smentara itu air smakin naik membasahi kakinya tak lama CINTA melihat Kekayaan sdang mengayuh perahu'kekayaan!kekayaan! tolong aku!,' teriak CINTA' Aduh! maaf, CINTA' kata kekayaan" aku tak dapat membawamu serta perahuku ini tenggelam lagipula tak ada tempat lagi bagimu.CINTA sedih sekali namun kemudian dilihatnya Kegembiraan lewat dgn perahunya " kegembiraan! tolong aku ! " teriak CINTA namun kegembiraan terlalu gembira karna ia menemukan perahu sehingga ia tak dpt mendengar teriakan CINTA, air semakin tinggi dan CINTA smakin panik.

Tak Lama lewatlah kecantikan " Kecantikan! bawalah aku bersamamu!, " teriak CINTA lg " Wah, CINTA kamu basah dan kotor, aku tak bisa membawamu nanti bisa mengotori perahuku yang indah ini " sahut kecantikan.CINTA sdih skali mendengarnya ia mlai menangis terisak-isak Saat itulah lewat kesedihan " Oh Kesedihan, bawalah aku bersamamu!, " kata cinta " Maaf CINTA aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja, " kata kesedihan sambil terus mengayuh perahunya.CINTA putus asa.


Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya.Pada saat kritis itulah tiba2 terdengar suara "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan cepat2 naik keperahu itu,tepat sebelum air menenggelamkannya di pulau terdekat, CINTA turun dan perahu itu langsung pergi lgi.Pada saat itu barulah CINTA sadar ia sama sekali tdk mengetahui siapa yang menolongnya, CINTA segera bertanya kpd penduduk pulau itu " Yang tadi adalah WAKTU ," kata penduduk itu "Tapi, mengapa ia menyelamatkan aku ? Aku tdk mengenalinya Bahkan teman2ku yg mengenalku pun enggan menolong" Tanya CINTA heran " Sebab HANYA WAKTULAH YANG TAHU BERAPA NILAI SESUNGGUHNYA DARI CINTA ITU"

&nbs p; Thank..Buat Pembaca ....