~vespa~

~vespa~
poyo

Wednesday, December 1, 2010

Dialog 2 hantu,....

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,
“Apsal kau ni asyik menggigil je?”
“Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais…sejuk!!” Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
“Ooo..kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu A ramah.
“Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.” Balas Hantu B.
“Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu A sayu.
“Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih..”
“Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.”
“So, ko dapatla tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat.
“Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak…” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,
“Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Tanda si dia mencintai kita....

1)   Dia terlalu kuat mencintai kita
2)  Selalu ingin berhubung dengan kita
3)  Dia mengambil berat perihal kita
4)  Dia sanggup berkorban dan meluangkan masa untuk kita walaupun dalam keadaan terlalu sibuk sangat
5)  Dia cemburu bila kita bersama insan lain
6)  Jiwanya meronta-ronta bila tidak dapat bertemu kita
7)  Hatinya gembira bila dapat berhubung atau bertemu dengan kita
8 )  Dia tidak menyakiti hati kita sebaliknya menyayangi kita dan menjaga hati kita sebaik mungkin.
9)  Memberi hadiah dengan penuh ikhlas dan kasih sayang
10) Mudah tersinggung dan merajuk bila kita tidak menurutkan kemahuannya
11)  Susah untuknya berenggang dengan kita kerana cepat rindu. Jika terpaksa berjauhan, kerap dia menghubungi kita sampai sehari beberapa kali bertanya khabar dan ingin mendengar suara
12) Tidak kisah perbezaan umur.
13) Sukar untuknya memarahi kita kecuali jika kita curang, berbohong dan keterlaluan
14) Dia tidak peduli apa orang kata mengenai dirinya menyintai kita yang penting asalkan jiwanya bahagia dengan kita.


Banyak persamaan lebih serasiMEMILIH pasangan hidup adalah antara keputusan yang penting dalam menentukan hala tuju masa depan. Selepas hidup berdua, barulah kita tahu sama ada pasangan kita mampu membuat hidup bahagia atau sebaliknya.
Setiap pasangan mengidamkan kebahagiaan. Anggapan perkahwinan bagaikan satu perjudian ada kalanya meletakkan individu dalam persimpangan, sama ada meneruskan kehidupan berdua atau memberi titik noktah.
Namun, manusia tidak pernah serik untuk mencari keserasian. Bijak pandai ada berkata, perkahwinan adalah proses menyatukan dua hati berbeza dalam mencari keserasian untuk kehidupan indah berdua.
Jika gagal dalam melayari bahtera berdua, ia bukan bermakna gagal selamanya. Jodoh dan ketentuan memang di tangan Tuhan, namun menjadi tanggungjawab manusia untuk berusaha mencari yang terbaik.
Tidak kenal putus asa dalam mencari pasangan yang menepati ciri peribadi mulia menjadi impian setiap kita. Untuk itu, hapuskan perkataan putus asa dalam kamus diri supaya pencarian yang terbaik akan menemui hasilnya.
Petua mencari pasangan serasi:
- Orang mudah tertawan pada bakal pasangan yang mempunyai persamaan seperti politik, keagamaan serta sikap terhadap harta, wang dan hobi.
- Mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kucing, melancong atau ramai anak.
- Tindakan serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, angkat gelas atau berdiri.
- Tawan hati bakal pasangan dengan mempamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa, seperti sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci atau simpati.
- Dua insan mudah serasi jika mempunyai penafsiran yang sama mengenai hubungan seperti tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian atau pengorbanan.
- Kenal pasti ciri yang disukai bakal pasangan. Bentuk ciri yang disukai ini dalam diri dan pamerkan padanya.
- Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan akan tertarik jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamor.
- Pasangan akan tertawan jika anda dapat bantu mengukuhkan imej diri, rangsang semangat dan pupuk keyakinan dirinya.
- Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri.
- Pujian berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
- Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai.
- Kenal pasti keistimewaan bakal pasangan yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
- Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji, cari pujian yang asli untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialu-alukan dan dihargai.
- Beri penghargaan serta-merta kepada setiap pencapaian bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
- Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih serta bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
- Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan. Nyatakan anda suka kepadanya kerana keunikan itu dan ini akan membuatkan dia rasa istimewa.
- Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu tampan. Justeru, cari bakal pasangan yang sepadan dengan diri.
- Orang yang berasa dirinya bodoh sukar mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan tinggi menyerlahkan kecantikan.
- Wanita mudah tertawan pada lelaki yang budiman seperti bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
- Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar selain perbaiki perangai, peribadi dan kemahiran komunikasi. Di samping itu, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
- Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi dan bertimbang rasa.
- Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan di samping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing dan aktiviti kelelakian yang lain. Bertindak bijak tetapi ‘jangan terlalu bijak’.
- Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya mengenai perasaannya, aktiviti, kegemaran, kebencian atau sebarang perkara berkaitan emosi.
- Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri daripada bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
- Orang lelaki amat pantang apabila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
- Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
- Apabila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki.
- Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya punca dia marah, dengar dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif pada perasaannya.
- Jika lelaki marah, jangan sibuk hendak tanya punca kemarahannya. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
- Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus-terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak tersirat. :-* :-*

Tanda Dia suka kau...

Dalam kehidupan kalian yang gembira dikelilingi rakan-rakan kalian itu, adakah kalian sedar yang salah seorang dari rakan kalian itu rupanya berminat dengan kalian! Rupanya si dia tu dah lama menyimpan perasaan.. Cuma malu nak lepaskan..
haha… macam best je guna kata ganti diri kalian nie.. nak teruskanlah… :p
“Eh? Ye ke? Kita rasa biasa jer… ” salah! Memanglah kalian tak sedar.. Sebab kalian tak mengambil peduli keadaan sekeliling dengan tekun.. Bak kata Zizan Raja Lawak “kita kena alert!”
“Oklah.. Macam mane pulak kita nak tau yang member kita tu sukakan kita?” bagus… Soalan yang baik… Sila pusing roda tetikus anda..
1. Dia ambil berat dengan kalian. “dah makan ke belum?” “dah solat?” ayat biasa ambil berat..
2. Dia SMS @ call @ email kalian setiap malam.. Sampai nak sembang ape pun tak tau.. Itupun kalau kalian layan..
3. Dia berusaha mendekati kalian.. Dimana ada kalian disitulah dia ingin ada..
4. Mengikuti perkembangan dunia kalian.Tidak kiralah sumber itu dari kalian sendiri ataupun dari ketua kampung kalian sendiri..
5. Dia senantiasa ingin melihat kalian gembira.. Jika kalian bersedih, boring atau takde mood, si dialah yang akan menjadi penghilang duka kalian..
6. Dia akan merasa tidak gembira jika kalian bersembang dengan lelaki/perempuan lain. Jangan terkejut malam itu dia tak SMS kalian.
7. Lihat perbezaan layanan dia antara kalian dan rakan lain.. Bukankah dia layan kalian dengan lebih mesra? Lebih istimewa..
8. Kalau ada apa-apa aktiviti, orang yang dia akan ajak adalah kalian dan ingin menjadikan kalian sebagai senarai wajib ada..
9. Cemburunya mengalahkan orang lain.. Tapi sebolehnya dia tidak akan menunjukkan tanda protes itu dengan terlalu nyata..
Ada pengalaman yang anda lalui tidak tersenarai? Mari kongsikan bersama..
Sesetengah golongan manusia akan berasa malu untuk memulakan perhubungan (bukan persetubuhan ok).. Jadi perasaan itu akan terus disimpan, disimpan dan disimpan..

Lelaki Apabila Jatuh Cinta

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Tak caye kew??? Hehehe… betul.

Antara tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA...